- Jirim terdiri daripada zarah -zarah
halus yang diskrit. Zarah-zarah ini mungkin ialah
atom, ion
atau molekul.
- Jirim boleh wujud dalam tiga
keadaan, iaitu pepejal, cecair, dan
gas.
- Keadaan jirim adalah bergantung
kepada suhu. Apabila suhu berubah, keadaan jirim boleh berubah dari satu
bentuk kepada satu bentuk lain.
|
Nota Ringkas
Atom
: zarah-zarah terkecil yang tidak boleh dipecahkan lagi.
Ion
: Zarah-zarah yang bercas positif atau negatif. Terbentuk daripada atom
yang mendermakan elektronnya atau menerima elektorn dari atom lain.
Miolekul
: Zarah-zarah yang terdiri daripada dua atau lebih atom-atom neutral. |
|
Pepajal

Zarah-zarah dalam pepejal
tersusun dengan teratur, padat dan mengikut corak tertentu. Hanya bergetar
pada kedudukan yang tetap. Terdapat daya tarikan yang kuat antara zarah -zarah. |
 Graf Pemanasan Sesuatu Sebatian Kimia

Semasa peleburan, kesemua tenaga
haba yang diserap digunakan untuk mengatasi daya tarikan yang kuat antara
zarah-zarah pepejal. Oleh itu, suhu sebatian kimia tidak naik. Haba
yang diserap dinamakan haba pendam pelakuran.
Semasa pemdidihan, kesemua tenaga
haba yang diserap digunakan untuk mengatasi daya tarikan antara
zarah-zarah cecair supaya berjauhan. Oleh itu, suhu sebatian kimia
tidak naik. Haba yang diserap dinamakan haba pendam
pengewapan.
Cuba anda lakarkan graf penyejukan sesuatu gas
kepada pepejal dan terangkan bentuk graf yang anda lakarkan itu. |
Cecair

Zarah-zarah dalam cecair
tidak tersusun dengan teratur tetapi masih bersentuhan antara saru sama
lain. Bergerak bebas.
Teradapat daya tarikan yang sderhana kuat antara zarah-zarah. |