![](images/v7_pbbr2.gif)
Nota Ringkas Teori Ion
Elektrolit terdiri daripada sebatian ionik yang lebur atau
terlarut dalam air. Dalam leburan atau larutan akueus, sebatian ionik terurai kepada ion
positif dan ion negatif. Ion-ion yang bebas bergerak inilah yang mengalirkan arus
lelktrik. |
|
Semasa elektrolisis leburan plumbum(II) bromida berlaku,
- ion plumbum(II) bergerak ke katod dan
- ion bromida bergerak ke anod.
Ion bromida menyahcas secara membuang elektronnya kepada anod.
2Br - - 2e ---> Br2
Dua atom bromin akan membentuk satu molekul dwiatom bromin.
Wap bromin berwarna perang terbebas pada anod.
Ion plumbum(II) menyahcas secara menerima 2 elektron dari katod.
Pb2+ + 2e -----> Pb
Logam plumbum berwarna kelabu kilat terbentuk. |