Jabatan Kimia

Menu Utama
Berita
Jadual
Teori zarah Jirim
  1. Jirim terdiri daripada zarah -zarah halus yang diskrit. Zarah-zarah ini mungkin ialah atom, ion atau molekul.
  2. Jirim boleh wujud dalam tiga keadaan, iaitu pepejal, cecair, dan gas.
  3. Keadaan jirim adalah bergantung kepada suhu. Apabila suhu berubah, keadaan jirim boleh berubah dari satu bentuk kepada satu bentuk lain.

Nota Ringkas

Atom :   zarah-zarah terkecil yang tidak boleh dipecahkan lagi.

Ion : Zarah-zarah yang bercas positif atau negatif. Terbentuk daripada atom yang mendermakan elektronnya atau menerima elektorn dari atom lain.

Miolekul : Zarah-zarah yang terdiri daripada dua atau lebih atom-atom neutral.

Pepajal
Getaran zarah dalam pepejal
Zarah-zarah dalam pepejal tersusun dengan teratur, padat dan mengikut corak tertentu. Hanya bergetar pada kedudukan yang tetap. Terdapat daya tarikan yang kuat antara zarah -zarah.
Perubahan keadaan jirim

Graf  Pemanasan Sesuatu Sebatian Kimia

Semasa peleburan, kesemua tenaga haba yang diserap digunakan untuk mengatasi daya tarikan yang kuat antara zarah-zarah pepejal. Oleh itu, suhu sebatian kimia tidak naik. Haba yang diserap dinamakan haba pendam pelakuran.

Semasa pemdidihan, kesemua tenaga haba yang diserap digunakan untuk mengatasi daya tarikan antara zarah-zarah cecair supaya berjauhan. Oleh itu, suhu sebatian kimia tidak naik. Haba yang diserap dinamakan haba pendam pengewapan.

rock.gif (997 bytes) Cuba anda lakarkan graf penyejukan sesuatu gas kepada pepejal dan terangkan bentuk graf yang anda lakarkan itu.

Cecair
Gerakan zarah dalam cecair
Zarah-zarah dalam cecair tidak tersusun dengan teratur tetapi masih bersentuhan antara saru sama lain. Bergerak bebas.
Teradapat daya tarikan yang sderhana kuat antara zarah-zarah.
Gas
Gerakan zarah dalam gas
Zarah-zarah dalam gas  tidak tersusun dan jarak antara zarah sangat jauh.
Bergerak secara rawak dalam semua arah. Terdapat daya  tarikan yang sangat lemah antara zarah -zarah.