Jabatan Kimia

Menu Utama
Berita
Jadual
Susunan Elektron dan Pembentukan ion
Sesuatu atom dikatakan mempunyai susunan elektron yang stabil jika petala terluarnya diisi penuh dengan elektron.

Dua jenis susunan elektron yang stabil ialah susunan duplet dan susunan oktet.

Nota Ringkas

Petala pertama sesuatu atom hanya boleh diisi dengan 2 elektron.

Petala berikutnya boleh diisi dengan 8 elektron.

 

Sesuatu atom boleh mencapai susunan elektron duplet atau oktet secara melepaskan elektron di petala terluarnya atau menerima elektron ke petala terluarnya.
Pembentukan ion positif
Ion positif terbentuk apabila atom melepaskan elektron di petala terluarnya.
Pembentukan ion litium
Contoh : Atom magnesium ada 12 elektron (2,8,2).

Untuk mencapai susunan elektron oktet, atom magnesium melepaskan 2 elektron di petala terluar.

Mg  - 2 e ------>     Mg2+

Ion magnesium bercas +2 kerana bilangan proton(12) melebihi bilangan elektron(10) sebanyak 2.
Ion magnesium mempunyai susunan elektron 2, 8 iaitu susunan oktet yang stabil.

Pembentukan ion klorin Pembentukan ion negatif
Ion negatif terbentuk apabila atom menerima elektron ke petala terluarnya.
Contoh : Atom oksigen ada 8 elektron (2,6).

Untuk mencapai susunan elektron oktet, atom oksigen menerima 2 elektron ke petala terluar.

O  +  2 e ------>     O2-

Ion oksigen bercas -2 kerana bilangan elektron(10) melebihi bilangan proton(8) sebanyak 2.
Ion oksigen mempunyai susunan elektron 2, 8 iaitu susunan oktet yang stabil.