Jabatan Kimia

Menu Utama
Berita
Jadual


Model Atom John Dalton


Model atom yang dicadangkan oleh John Dalton ialah :

(a) atom merupakan zarah asas yang membina semua jirim.
(b) atom merupakan zarah yang
keras yang tidak boleh
     ditembusi dan mempunyai saiz serta jisim yang tetap.
(c) atom ialah satu zarah yang tidak boleh dipecahbelah
     lagi dan zarah yang lebih keras daripada atom tidak wujud.


Model Atom J. J. Thompson


Seorang ahli fizik British bernama Joseph J. Thompson dalam eksperimennya berjaya mengesahkan bahawa atom terdiri daripada zarah yang lebih kecil lagi.

Beliau berjaya menemui suatu zarah yang lebih kecil dan bercas negatif yang dipanggil elektron.

J. J. Thompson mengemukakan model atomnya yang mencadangkan bahawa elektron-elektron bertabur di seluruh atom yang merupakan satu sfera bercas positif.

wpeD.jpg (16867 bytes)

Model Atom Ernest Rutherford


Pada tahun 1911, Ernest Rutherford telah berjaya menemui zarah bercas positif yang dipanggil proton.

Beliau telah mengemukakan model atomnya yang menyatakan bahawa

(a) hampir semua jisim atom tertumpu dalam satu
     kawasan yang sangat kecil, berat, dan bercas positif.
     Kawasan ini dipanggil nukleus.
(b) nukleus mengandungi proton sahaja.
(c) bilangan proton sama dengan bilangan elektron.
(d) kebanyakan bahagian dalam atom merupakan
ruang
     kosong.

(e) elektron-elektron bergerak dengan cepat mengelilingi
      nukleus pada jarak yang berlainan.


Model Atom Neils Bohr


wpe7.jpg (8853 bytes) Pada tahun 1913, seorang ahli fizik Denmark yang bernama Neils Bohr memperbaiki model atom Rutherford.

Model atom yang diperbaiki oleh Neils Bohr mencadangkan bahawa

(a) elektron-elektron bergerak mengelilingi nukleus yang
     terdiri daripada proton dan neutron dalam orbit-orbit
     tertentu seperti ditunjukkan dalam rajah dibawah
(b) setiap orbit berjarak tetap dari nukleus dan berbentuk
     bulatan supaya jarak suatu elektron tertentu dari
     nukleus adalah sentiasa tetap.