Jabatan Kimia

Home Love Me Analisis Bank Soalan Komen ?

Menu Utama
Berita
Jadual

 

ANALISIS SOALAN-SOALAN KERTAS 2
PEPERIKSAAN KIMIA SPM 1993 HINGGA 1996

Topik

SPM 1993

SPM 1994

SPM1995

SPM1996

SPM1997

1. Jirim Soalan esei : No. 1

Eksperimen menentukan formula empirik, kaedah yang sesuai untuk menentukan formula empirik suatu logam.

Soalan berstruktur : No. 1.(a)

Jenis zarah, terangkan mengapa takat lebur suatu sebatian rendah dengan mengguna teori zarah jirim.

Soalan esei : No. 1

Terangkan perbezaan takat lebur, kekonduksian, dan keterlarutan dalam air berdasarkan jenis zarah dan ikatan, eksperimen untuk menentukan takat lebur.

Soalan berstruktur : No 1

Keadaan jirim, susunan zarah jirim, proses perubahan jirim, graf suhu melawan masa bagi pemanansan.

Soalan berstruktur : No. 1(d) (ii)

Menghitungkan formula empirik bagi ferum(III) klorida.

Soalan esei : No. 4(b)

Eksperimen untuk menentukan takat lebur bagi bahan yang takat leburnya ialah 120oC.

2. Jadual berkala dan struktur atom Soalan berstruktur : No. 1.

Kumpulan, kalaan, nombor jisim, isotop, sifat kimia kumpulan 1.

Soalan esei : No. 1

Terangkan kereaktifan unsur Kumpulan I, VII, dan VIII dari segi susunan elektron, sifat kimia Kumpulan I dari segi t/b dengan air, udara, dan klorin.

Soalan berstruktur : No. 1.(a)-(e)

Jadual Berkala, mengenal pasti unsur logam, membanding jejari atom, membanding kereaktifan unsur, menulis formula ion, dan melukis susunan elektron.

Soalan esei : No. 1(a)

Perbezaan sifat keelektronegatifan unsur kumpulan 2 dan kumpulan 7.

Soalan berstruktur : No. 1(d)(i)

Melukis gambar rajah susunan radas bagi t/b anatara gas klorin dan ferum.

Soalan berstruktur : No. 2

Isotop, ion, kalaan, sifat kimia, lukisan susunan elektron bagi sebatian ionik dan kovalen.

3. Ikatan kimia Soalan berstruktur : No. 1

Jenis ikatan, formula sebatian, dan sifat fizik sebatian ionik /kovalen.

Soalan berstruktur : No. 1(b)

Sifat sebatian ionik.

Soalan berstruktur : No. 1.(f)-(h)

Ikatan ionik dan kovalen, susunan elektron sebatian ionik dan kovalen.

Soalan esei : No. 1(b), (c)

Menghuraikan pembentukan ikatan ionik antara unsur kumpulan 2 dan kumpulan 7, ikatan kovalen antara unsur kumpulan 4 dan kumpulan 7.

Menerangkan perbezaan sifat fizik antara sebatian ionik dan sebatian kovalen.

Soalan berstruktur : No. 1(a), (b)

Ion dan sifat sebatian ionik dalam kekonduksian arus elektrik.

4. Elektrokimia Soalan esei : No. 2

Takrif elektrolisis, teori ion, pengekstrakan logam plumbum secara elektrolisis plumbum(II) bromida lebur.

  Soalan esei : No. 4

Elektrolisis leburan sebatian ionik, eksperimen untuk menunjukkan kesan jenis elektrod dan kepekatan ion ke atas hasil elektrolisis, dan penyaduran secara elektrolisis.

Soalan berstruktur : No. 2

Sel kimia dan sel elektrolisis, menentukan kutub negatif dalam sel kimia dan sel elektrolisis, menetukan arah pengaliran elektron, perubahan tenaga, pemerhatian, dan menulis setengah persamaan.

Soalan esei : No. 3

Maksud elektrolisis dan ion, terangkan proses elektrolisis, membina sel kimia dan menerangkan bagaimana sel kimia menghasilkan arus elektrik.

5. Asid dan bes Soalan berstruktur : No. 3

Peranan air dalam sifat asid, persamaan t/b peneutralan, penghitungan kemolaran asid.

Soalan berstruktur : No. 3

Menentukan takat peneutralan lengkap secara elektrolisis, ion-ion dan hubungannya dengan bacaan ammeter semasa proses titratan asid sulfurik cair kepada larutan barium hidroksida dijalankan, persamaan t/b antara asid sulfurik cair dan larutan barium hidroksida, pengiraan bil. mol ion.

Soalan esei : No. 2

Maksud bes kuat dan asid lemah, eksperimen utnuk menentukan kepekatan asid.

Soalan berstruktur : No. 3

T/b peneutralan asid sulfurik cair dan larutan KOH, mencatat bacaan buret, perubahan warna penunjuk fenoltalein, persamaan kimia, dan penghitungan kemolaran larutan KOH.

Soalan berstruktur : No. 1(c)

Menegnal pasti sebatian asid dan menulis persamaan kimia bagi tindak balas asid dan bes(CuO).

6. Petroleum dan hidrokarbon Soalan berstruktur : No. 2

Hidrokarbon, penyulingan berperingkat,

isomerisme, formula struktur, persamaan pembakaran, tindak balas penukargantian.

Soalan esei : No. 2 (ii)

T/b penambahan alkena.

Soalan berstruktur : No. 2

Pengertian hidrokarbon, persamaan pembakaran pentena, formula struktur isomer butena, dan masalah berangka berkaitan dengan formula molekul.

Soalan esei : No. 3

Penyulingan berperingkat untuk memisahkan hidrokarbon, perbezaan kejelagaan alkana dan alkena dalam pembakaran, polimer dan struktur molekul polimer semula jadi.

 
7. Bahan butan dalam industri   Soalan berstruktur : No. 6

Komponen dalam gangsa, jenis zarah dalam kuprum tulen, susunan zarah dalam kuprum tulen dan aloi gangsa, terangkan perbezaan kekerasan antara kuprum tulen dan aloi gangsa, komponen piuter, tujuan pengaloian.

  Soalan esei : No 4(e)

Menghuraikan Proses Sentuh dan Proses Ostwald.

 
8. Bahan kimia untuk pertanian Soalan berstruktur : No. 6

Jenis pestisid mengikut penggunaannya, sifat peptisid yang mengandungi sebatian karbamat, organofosforus, dan organoklorin, langkah keselamatan pengendalian peptisid.

Cara hormon bertindak dan contoh.

Soalan esei : No. 4

Tiga jenis pestisid dan fungsi masing -masing, bagaimana hormon buatan boleh meningkat hasil pertanian, penyediaan baja ammonium sulfat dalam makmal.

Soalan berstruktur : No. 7

Proses Haber, sifat kimia ammonia, t/b antara ammonium akues dengan ion Fe2+, dan kitaran nitrogen.

   
9. Garam Soalan berstruktur : No. 3(d)

Ujian ion zink denga larutan ammonia.

Soalan berstruktur : No. 2

Penyediaan garam plumbum(II) nitrat(garam larut dalam air), uji ion plumbum(II) dengan larutan NaOH, penyediaan garam plumbum(II) klorida(garam tak larut dalam air), sifat garam plumbum(II) klorida, persamaan ion, kesan haba ke atas plumbum(II) nitrat.

Soalan esei : No. 2 (c)

Penghabluran semula.

Soalan berstruktur : No. 4

T/b pemendakan garam iodida, graf tinggi mendakan melawan isipadu larutan garam nitrat logam, menentukan nisbah bil. mol ion logam kepada bil. mol ion iodida, menghitung isipadu larutan diberikan bil. mol ion dan kemolarannya, garam terlarut dan garam tidak terlarut dalam air

Soalan esei : No. 1

Maksud garam, mentaksirkan persamaan t/b peneutralan, eksperimen untuk mendapatkan garam plumbum(II) sulfat dengan kaedah pemendakan, mementukan kepekatan ion plumbum.

10. Pengoksidaan dan penurunan Soalan berstruktur : No. 4

Tindak balas redoks, agen penurunan, keadaan pengoksidaan, proses pengoksidaan ion Fe(II) kepada ion Fe(III), dan persamaan ion.

Soalan esei : No. 1

Takrif t/b redoks dari segi nombor pengoksidaan, terangkan mengapa peneutralan dan t/b penguraian gandaan dua bukan t/b redoks, terangkan bagaimana ion Fe(II) boleh bertindak sebagai agen pengoksidaan atau agen penurunan dalam t/b kimia yang berlainan, eksperimen t/b redoks yang melibatkan pemindahan elektron pada suatu jarak .

Soalan berstruktur : No. 4

Pengoksidaan ion Fe(II) oleh klorin, persamaan ion, pengoksidaan ion iodida oleh klorin, persamaan ion, warna iodin dalam tetraklorometana, perubahan nombor pengoksidaan klorin, peranan klorin sebagai agen pengoksidaan.

Soalan berstruktur : No. 3

Pemindahan elektron pada satu jarak, menulis arah pengaliran elektron, setengah persamaan untuk pengoksidaan logam, menulis formula ion stanum selepas ion stanum(IV) diturunkan.

Soalan berstruktur : No5

Kereaktifan logam terhadap oksigen, menyusun tertib kereaktifan logam, pengekstrakan logam.

Soalan esei : No. 2

Membina siri elektrokimia mengikut nilai voltan, menghurai proses pengaratan besi.

Soalan berstruktur : No. 4

T/b redoks yang melibatkan pemindahan elektron pada satu jarak jauh, persamaan ion, perubahan no. pengoksidaaan bagi Cu, perubahan warna, menentukan no. pengoksidaa bagi mangan dalam MnO-4, menandakan arah pengaliran elektron, menerangkan mengapa t/b peneutralan bukan t/b redoks.

11. Kadar Tindak balas Soalan berstruktur : No. 5

Lukis graf, menghitung kadar t/b pada saat tertentu, kesan saiz zarah terhadap kadar t/b dan kuantiti hasil t/b.

Soalan berstruktur : No. 5

Cara mengutip gas oksigen, persamaan penguraian hidrogen peroksida, lakarkan graf t/b penguraian hidrogen peroksida bermangkin dan tiada bermangkin, terangkan lakaran graf, terangkan dari segi teori perlanggaran bagaimana mangkin boleh menambahkan kadar t/b, faktor-faktor lain yang boleh boleh menambahkan kadar t/b.

Soalan berstruktur : No. 5

Lukis graf, menghitung kadar t/b pada saat tertentu, menghitung kuantiti bahan t/b berdasarkan isipadu gas yang terbebas, menghitung kepekatan bahan t/b, dan melakarkan graf jika kepekatan bahan t/b bertambah.

Soalan esei : No 4(a)-(d)

Maksud kadar t/b, melukis graf isipadu gas melawan masa, menghitung kadar t/b purata dan kadar pada masa tertentu daripada graf, menggunakan teori perlanggaran untuk menerangkan faktor suhu, kepekatan dan saiz zarah.

Soalan esei : No. 2

Maksud tenaga pengaktifan, teori perlanggaran dan kesan mangkin, eksperimen untuk menunjukkan kehadiran mangkin kuprum(II) sulfat mempengaruihi kadar t/b asid HCl dan Zn,.

12. Termokimia   Soalan esei : No. 3

Beri contoh t/b eksotermik dan endotermik, gambar rajah aras tenaga, eksperimen untuk menentukan haba peneutralan antara 1 mol NaOH dan 1 mol HCl.

Soalan berstruktur : No. 4

Persamaan bagi tindak balas peneutralan, menghitungkan perubahan haba dan haba peneutralan, melukis gambar rajah aras tenaga, tindak balas antara alkali kuat dengan asid dwibes.

Soalan berstruktur : No. 6

Haba peneutralan antara asid HCl dan NaOH, asid etanoik dan NaOH, menghitungkan haba peneutralan, menerangkan perbezaan haba peneutralan asid kuat/asid lemah dengan alkali kuat.

Soalan berstruktur : No. 5

Haba pembakaran alkohol, formula struktur isomer propanol, melukis graf haba pembakaran melawan bil. atom karbon, menganggarkan haba pembakaran berdasarkan graf, masalah berangka berkaitan denagan haba pembakaran, persamaan pembakaran alkohol, gambar rajah aras tenaga.

13. Alkohol, asid organik, dan polimer semula jadi.   Soalan esei : No. 2 (i) dan (iii)

Eksperimen untuk pengoksidaan alkohol kepada asid dan tindak balas pengesteran.

Soalan esei : No. 3

Menghitungkan formula molekul suatu alkohol, eksperimen untuk menyediakan ester, eksperimen untuk menyediakan etena, dan penghidratan etena.

Soalan berstruktur : N0. 7

T/b alkohol, proses penapaian, pengoksidaan, pendehidratan, pembakaran, dan pengesteran. Penyediaan alkena daripada alkohol,t/b alkena dengan air bromin, susunan radas bagi pengesteran.

Soalan berstruktur : No. 3

Asid lemah, t/b asid organik, menghitungkan kepekatan asid organik.

14. Bahan kimia untuk pengguna Soalan esei : No. 4

Tindakan sabun dalam air biasa dan air liat, kebaikan detergen berbanding dengan sabun, pencemaran akibat penggunaan detergen.

  Soalan berstruktur : No. 6

Bahan asas untuk menyediakan detergen, kelebihan detergen berbanding dengan sabun, cara molekul sabun bertindak sebagai pencuci, dan peranan buih sabun.

  Soalan esei : No. 4(a)

Maksud saponifikasi, tindakan sabun dalam air lembut dan air liat.

Balik ke menu utama

Ke atas


1