Make your own free website on Tripod.com

Jabatan Kimia

Menu Utama
Berita
Jadual
Balik ke Menu Utama Visual KImia

Jisim Atom Relatif dan Konsep Mol

A. Jisim atom relatif
  1. Satu atom sebarang unsur adalah terlalu kecil dan ringan untuk ditimbangkan secara terus. Cara paling sesuai untuk mendapatkan jisim atom sesuatu unsur ialah membandingkan jisimnya dengan jisim satu atom piawai.
  2. Atom hidrogen adalah atom yang paling kecil dan telah dipilih sebagai piawai supaya jisim atom unsur-unsur lain boleh dibandingkan dengannya. Jisim atom yang diperoleh dengan cara ini disebut jisim atom relatif.
 

v_jar.gif (30775 bytes)

Jisim satu atom helium (He)
= jisim 4 atom hidrogen (H)
Jadi, jisim atom relatif helium ialah 4.

Nota Ringkas

Pada tahun 1961, karbon-12 telah dipilih seabagai unsur piawai untuk perbandingan jisim atom. Jisim atom relatif karbon-12 ditetapkan sebagai 12.000.
Jisim atom relatif sesuatu unsur = jisim satu atom unsur itu   (1/12 jisim satu atom karbon-12).

B. Konsep Mol
  1. Atom, ion, dan molekul adalah terlalu kecil. Misalnya, satu sudu air sudah mengandungi  2 1023  molekul air ! Disebabkan itu, adalah perlunya satu unit yang sesuai untuk menghuraikan kuantiti zarah yang besar dalam sesuatu bahan kimia.
  2. Dalam kehidupan harian kita menggunakan unit dozen (12 objek) untuk menghitungkan satu kunatiti yang besar.
    Misalnya,
    1 dozan telur ayam = 12 biji
    3 dozen manggis = 3 12 = 36 biji

 
  1. Dalam kimia pula, unit mol digunakan untuk menghitungkan suatu kunatiti atom, ion, atau molekul tertentu.
    1 mol suatu bahan mengandungi
    6.02 1023  zarah (atom, ion, atau molekul).

    Nombor  6.02 1023 disebut nombor Avogadro.

    Misalnya,
    1 mol atom kuprum = 6.02 1023 atom kuprum

    3 mol molekul air = 3 (6.02 1023)
                              = 1.806 1024 molekul air
    5 mol ion H+ =  5 (6.02 1023)
                              = 3.01 1024 ion H+

C.  Hubungan antara mol dengan jisim atom relatif

  1. Jisim bagi 1 mol atom karbon-12 ialah 12.000 gram.
    Jisim atom relatif bagi karbon-12 ialah 12, ini bermakna
    jisim bagi 1 mol atom unsur adalah sama dengan jisim atom relatifnya dalam unit gram.

  2. Misalnya,
    (a)  j.a.r. bagi natrium = 23, maka jisim 1 mol atom natrium = 23 g
    (b)  j.a.r bagi oksigen = 16, maka jisim 1 mol atom oksigen = 16 g.

6.02 1023 ialah satu nombor yang sangat besar !

v620.gif (82795 bytes)

Nombor Avogadro ialah satu nombor yang sangat besar dan susah dibayangkan.

Misalya, jika  6.02 1023 biji guli-guli ditaburkan pada permukaan bumi apakah akan ter jadi ?

Ya, guli-guli itu akan meliputi permukaan bumi setebal beberapa lapisan.