Jabatan Kimia

Home Love Me Analisis Bank Soalan Komen ?

Menu Utama
Berita
Jadual

     

Lima Cara Melengkapi Diri Anda Untuk Mengusai Kimia

1. Sediakan sebuah buku nota.

Anda perlu menyediakan sebuah buku nota. Semasa pembelajaran dalam kelas, anda perlu mencatatkan nota-nota ringkas yang disampaikan dari guru anda. Nota-nota ini mungkin ringkas dan tidak lengkap tetapi ia merupakan panduan anda untuk mempelajari skop-skop yang penting dalam sesuatu tajuk tertentu.

Contoh di bawah menunjukkan format buku nota yang saya cadangkan. Sediakan ruang kosong 2 inci di tepi setiap halaman. Gunakan ruang kosong ini untuk membuat catatan tambahan. Misalnya,

  • rujuk kepada buku rujukan tertentu untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap.

  • ada soalan peperiksaan SPM.yang berkaitan.

  • bahagian tertentu adalah penting.
    jan_nota.gif (5601 bytes)

 

2. Beli sebuah buku rujukan yang baik.

Buku teks kimia KBSM ditulis dengan cara menekankan aktiviti pelajar. Ini bermakna pelajar perlu mencari sendiri maklumat-maklumat tertentu dari Pusat Sumber sekolah atau tempat lain. Untuk menjimatkan masa, anda memerlukan sebuah buku rujukan yang baik dan lengkap supaya anda dapat mencari maklumat yang diperlukan dengan cepat dan tepat. Tanyalah guru anda apakah buku rujukan yang baik di pasaran.

 

3. Dapatkan sukatan pelajaran kimia Tingkatan 4.

Sukatan pelajaran kimia adalah penting untuk mengetahui setakat manakah anda harus belajar dalam sesuatu tajuk tertentu. Anda hanya perlu mempelajari skop yang ditetapkan dalam sukatan pelajaran kimia sahaja dan perkara-perkara yang harus ditekankan. Jumpalah guru kimia anda untuk mendapatkan sukatan pelajaran kimia Tingkatan 4.

 

4. Fotostat Soalan SPM Tahun 1993 - 1997

Jika anda ingin skor kimia dalam SPM, maka anda harus mengetahui format kertas soalan peperiksaan kimia SPM dengan jelasnya. Dapatkanlah kertas-kertas soalan peperiksaan kimia SPM dan kajilah soalan-soalannya.

 

5. Cintailah Kimia.

To score KIMIA is to love KIMIA

Balik ke Menu Utama Fokus Sup Kimia

1